Tanda-tanda:
1. Kurus-kering - cacing menghisap darah dan protin, menyebabkan kambning menjadi kurus kering.
Di tahap ini, kambing ini agak sukar untuk pulih
2. Kelopak mata kelihatan pucat.
Kelopak mata pucat akibat kekurangan darah merah
3. Gusi kelihatan pucat
Kekurangan darah merah menyebabkan gusi kelihatan pucat
4. Dagu bawah membengkak
Di tahap kronik, dagu bawah membengkak akibat kelenjar dipenuhi cecair.
Senarai dan gambar di atas merupakan tanda-tanda ketara masalah kecacingan pada
ternakan. Ternakan yang mengalami kecacingan boleh menunjukkan kesemua tanda
tersebut atau sebahagian daripadanya. Kecacingan merupakan masalah biasa yang
dihadapi oleh penternak yang mengamalkan sistem pemeliharaan ekstensif, semi
intensif dan integrasi. Masalah ini dikatakan penting kerana ia boleh menyebabkan
kemerosotan produksi ladang akibat kematian ternakan.
Kecacingan pada ruminan adalah disebabkan oleh serangan cacing daripada
kumpulan nematode, cestode dan trematode terutamanya haemonchus contortus,
Trychostrongylus, oesophagostostomum, cooperia dan strogyle lain.
Tanda-tanda awal ternakan mengalami kecacingan adalah pucat, bulu kusut dan
diarea (berak cair), diikuti tanda perut buncit, bengkak bawah dagu dan kurus.
Sekiranya ternakan tidak dirawat ia akan menjadi lemah dan akhirnya mati.
Pengesahan kecacingan boleh dilakukan dengan ujian pengiraan telur cacing pada
tinja ternakan yang disyaki mengalami kecacingan. Untuk tujuan ini sampel tinja
yang segar perlu diambil daripada rektum ternakan secara individu. Sekiranya
melakukan saringan kecacingan keatas sekelompok ternakan, ambil sampel tinja
sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah ternakan. Ternakan yang menunjukkan
kiraan telur cacing melebihi 500 epg (egg per gram) perlu diberikan rawatan dengan
menggunakan ubat nyahcacing yang disyorkan.
Pencegahan Kecacingan
Kerugian akibat kematian ternakan dapat dielakkan sekiranya pencegahan
kecacingan dilakukan secara sistematik. Beberapa teknik pencegahan yang boleh
diamalkan iaitu:
1. Program nyahcacing
2. Ragutan pusingan (Rotational Grazing)
3. Pemilihan sistem pemeliharaan
4. Pemilihan Baka yang tahan lasak
Teknik 1: Program nyahcacing
Ubat nyahcacing diberikan kepada ternakan yang berumur 6-8 minggu dan keatas.
Sekiranya ternakan baru pertama kali diberikan nyahcacing, ulangi pemberian
ubatnyah cacing selepas 3 minggu.
Kekerapan pemberian ubat nyahcacing untuk pencegahan kecacingan adalah
bergantung kepada sistem pemeliharaan yang dijalankan, keadaan ladang,
keputusan saringan tinja dan bilangan kes kecacingan. Bagi ladang yang
mengamalkan sistem lepas-bebas (ekstensif), pemberian ubat nyahcacing perlu
dilakukan lebih kerap (setiap 2-3 bulan) kerana ternakan sentiasa terdedah kepada
L3 (larva cacing peringkat 3). Manakala ladang yang mengamalkan sistem intensif
atau semi intensif, program nyahcacing boleh dilakukan setiap 4 bulan. Kekerapan
program nyahcacing boleh dikurangkan sekiranya sistem ragutan pusingan
diamalkan dengan betul.
Pemberian ubat nyahcacing boleh dilakukan secara suntikan (Ivermectin®),
oral/minuman (Levamisole) dan pour-on (Cydectine®)
Teknik 2: Ragutan pusingan (Rotational Grazing)
Pengawalan kecacingan melalui sistem ragutan pusingan boleh diamalkan sekiranya
mempunyai kawasan ragutan yang luas dan bersesuaian dengan bilangan ternakan.
Melalui sistem ini, kawasan ragutan dibahagikan kepada beberapa padok (sekurangkurangnya 8 padok).
Ternakan kemudian dilepaskan meragut selama 3-4 hari bagi
setiap padok bermula di padok pertama (no.1) hinggalah ke padok terakhir (no.8)
kemudian kembali ke padok no. 1 (selepas 30 hari). Melalui sistem ragutan pusingan
ini kitar hidup cacing dapat dikawal. Kitaran hidup cacing adalah 21 hari.
dan kembali ke padok pertama selepas 30 hari.
Teknik 3: Sistem pemeliharaan.
Ternakan yang dipelihara secara ekstensif dan semi-intensif mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk mengalami masalah kecacingan berbanding ternakan yang
dipelihara secara intensif. Ini kerana ternakan sentiasa terdedah kepada L3 cacing
semasa meragut di padang ragut. Walau bagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan sistem pusingan ragutan yang betul. Bagi penternakan secara fidlot, nyahcacing boleh diberikan sekali sahaja iaitu pada minggu pertama ternakan diterima dan hanya diulangi selepas 3-4 minggu pada ternakan yang didapati menunjukkan kiraan telur cacing yang tinggi (selepas saringan kecacingan dilakukan).
Ternakan yang dipelihara secara fidlot mempunyai risiko kecacinganyang rendah berbanding secara ekstensif/semi-ekstensif kerana ternakan tidak terdedah secara terus kepada larva cacing.
Teknik 4: Baka yang tahan kecacingan.
Semua baka boleh mengalami kecacingan. Salah satu kreteria pemilihan baka yang perlu diambil kira adalah mempunyai ketahanan terhadap penyakit termasuklah kekebalan terhadap jangkitan cacing.
Baka temprate yang diimport mempunyai produksi yang tinggi namun selalunya
tidak tahan terhadap penyakit seperti kecacingan. Pemeliharaan baka sebegini pasti
memerlukan pencegahan kecacingan yang lebih kerap. Keadaan ini akan
meningkatkan kos pengurusan ladang. Oleh itu baka tempatan dan kacukan adalah
disyorkan. Baka kambing yang dicadangkan adalah katjang, katjang kacukan, boer,
jamnapari, sannen, kalahari dan lain-lain. Baka lembu yang dicadangkan pula ialah
Kedah-kelantan, brahman, charolis, mafriwal, Freshien-sahiwal, draughmaster dan
lain-lain.
Tiada satu teknik yang boleh mengatasi kecacingan secara efektif. Cara terbaik
adalah dengan mengamalkan kesemua teknik-teknik yang telah dibincangkan.
Bermula dengan memilih baka yang tahan kecacingan, mengamalkan sistem
pemeliharaan yang terbaik, memasukkan program nyahcacing dalam jadual
kesihatan gerompok, melakukan saringan kecacingan (untuk mengetahui tahap
bebanan cacing) dan melakukan program nyahcacing secara teratur serta
mengamalkan sistem ragutan pusingan yang betul.





No comments:
Post a Comment